Assalamualaikum


PENYERAHAN INI

*NOTA TADABBUR* Imam solat subuh di masjid al-Haram tadi ialah Syeikh Soleh bin Abdullah bin Humaid. Beliau membaca petikan ayat dari surah al-Hajj bermula ayat 23 hingga ayat 41. Surah al-Hajj antara surah yang istimewa kerana ia diturunkan kepada Baginda ketika waktu siang dan juga waktu malam,ketika Baginda bermusafir dan ketika bermukim serta sebahagian ayatnya turun ketika di Mekah dan sebahagiannya turun di Madinah. - Inti utama surah al-Hajj ialah mengajak manusia untuk membekalkan diri dengan sifat 'Taqwa'. Antara definasi taqwa ialah apa yang disebut oleh Talq bin Habib - seorang Tabi'in yang hebat- :- أن تعمل بطاعة الله على نورٍ من الله ترجوا ثواب الله. وأن تترك ما نهى الله على نورٍ من الله تخشى عقاب الله . "Taqwa ialah mengerjakan ketaatan kepada Allah,kerana Allah, mengharapkan ganjaran daripada Allah. Serta meninggalkan larangan Allah,kerana Allah,takutkan azab daripada Allah" Surah ini juga menceritakan tentang Nabi Ibrahim yang berjuang dalam menegakan agenda utama pengutusan para Rasul iaitu membasmi kesyirikan. Ia juga mengisahkan tentang seruan Nabi Ibrahim agar manusia datang mengerjakan Haji di Baitullah. Allah menggunakan perkataan berjalan kaki sebagai gambaran kesungguhan serta susah payah yang akan ditanggung oleh bakal hujjaj semata mata menyahut seruan Ilahi. Rehlah haji sudah pasti akan berdepan kesukaran dan kepayahan namun kita penuh sedar percaya kepada janji Nabi bahawa ganjaran akan diberi berdasarkan jerit payah yang dilalui oleh seorang hamba. Kata Baginda Nabi kepada Aiysah إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك Sesungguhnya bagi kamu daripada pahala umrah yang kamu lakukan itu adalah bergantung menurut kadar kesusahan yang kamu hadapi dan belanja yang kamu keluarkan. Catatan selepas Subuh Mohd Rodzi Bin Abu Bakar @ Abu Rayyan.

SAMAKAH KITA

اَلْحَمْدُلِلّهِ Terima kasih sudi join poll ni…👆🏻 Itu keputusan skrg then sy buka lagi utk sesiapa lg yg nak pilih… Sy memang pilih sgt bahagia sbb itulah sekolah yg 1st sy posting dan sy akn pencen. Means sy nak duduk lama kat sekolah tu. Jd segala anasir2 negatif ada jer, tp sy tukar semua jd positif, Hihihi.. so semua baik2 shj di sana. Dari dulu, skrg dan akan dtg InsyaAllah , sy pilih utk menerima segala yg berlaku dgn melihat dr perspektif yg positif. Semua tu pengalaman yg akan mematangkan kita. Jd, Sahabat2 yg memilih xbahagia, stres dll sy doakan semoga urusan kalian di sekolah dipermudahkan. Ciptalah kebahagiaan sendiri walaupun sehebat mana dugaan yg menimpa kehidupan kita, sy doakan semoga kalian terus kuat dan tabah menghadapi segalanya. Semoga dpt menggapai bahagia di tempat kerja. Sentiasalah bersama rakan2 sekerja yg memberi galakan dan sokongan yg membina. InsyaAllah Kita akan rasa lebih kuat. Take care semua Sent u all hug and love  TQ Norazila Khalid🌷 KREDIT: NK CHANNEL

PESAN BUAT DIRI

Hadirku Sebagai Dhuyufurrahman dan Kembaliku Bersama Kemabruran.. in shaa Allah. 🕋 LAMBAIAN KAABAH 🕋 *Susah Payah di Tanah Suci* Oleh kerana ibadah haji mempunyai masanya yang terhad berbanding dengan ibadah umrah, kesesakan yang dahsyat berlaku di Masjidil Haram dan Masyair-Arafah,Mina dan Muzdhalifah pada waktu-waktu haji. Lantaran itu, kita disaran agar banyak bersabar. Haji mengajar kita erti kesabaran. Kita perlu bersabar dengan ketidakselesaan. Apabila berada di Arafah, semua manusia dilayan sama sahaja, sama ada orang kampung ataupun orang bandar, sama ada berjawatan tinggi atau kuli sahaja. Semuanya sama. Semuanya akan merasai bahang kepanasan yang mencecah sehingga 45c, walaupun pergi melalui agensi swasta atau pakej berpuluh ribu, apatah lagi jika pergi melalui muassasah. Semua kita sama sahaja-Tiada yang membezakan kita. Semuanya hanya memakai 2 helai kain putih kosong-raja mahupun hamba sahaya. Ibadah Haji lebih sinonim dengan kesulitan dan kepayahan sehingga ada yang mengumpamakan haji itu adalah kusut masai. Jika kita fikir bahawa haji itu adalah untuk berjalan-jalan dan berseronok-seronok seperti pergi melancong, sebenarnya itu adalah satu tanggapan yang salah. Semasa di Arafah lagi, tidur kita pasti tidak cukup kerana panas dan juga gangguan nyamuk. Sebenarnya masa seumpama inilah digalakkan agar kita banyak berzikir kepada Allah dan banyakkan membaca Al-Quran. Rugi sekiranya jika kita membiarkan masa berlalu begitu sahaja atau brcakap yang sia-sia semasa berada di dalam ihram haji. Sesetengah khemah di Arafah tiada air-cond mahupun kipas. Wuquf di Arafah adalah pada 9 Zulhijjah apabila masuknya waktu Zohor. Dan dikuti dengan khutbah Arafah. Oleh kerana tempohnya tidak lama, jadi air-cond dan kipas tidak menampakkan keperluan yang terdesak. Lagipun, wuquf di Arafah adalah sehari dalam setahun sahaja. Arafah disebut dalam hadis NABI SAW yang mafhumnya bahawa, “Haji itu Arafah”. Wuquf di Arafah adalah waktu kritikal dalam ibadah haji kerana terluput wuquf di Arafah bermaksud tiadalah haji bagimu pada tahun tersebut. Kawasan ini, dahulunya tiada pokok dan kini sebahagiannya dihijaui dengan pokok-pokok untuk berteduh. Kadang-kadang terdapat angin sepoi-sepoi yang mengurangkan sedikit kepanasan. Di Arafah, Muzdhalifah dan Mina, jemaah haji berkongsi tandas, iaitu dengan nisbah 20 tandas untuk 2000 orang. Tandas yang sama juga digunakan untuk membuang air besar dan tandas yang sama juga digunakan untuk mandi manda. Cuba bayangkan jika ada yang menunggu untuk membuang air besar, sedangkan di dalamnya ada orang sedang mandi dan ada pulak yang membasuh baju didalam! Sebab itulah, jemaah haji tidak digalakkan mandi sewaktu berada disana. Jika perlu mandi, kita perlu bertimbang rasa dengan mandi pada waktu malam dengan kadar cepat dan segera menyelesaikan hajat wajib sahaja. Kalau mandi macam P Ramlee lagi bagus. Ujian nyamuk pun boleh tahan semasa di Arafah. Maklumlah setahun sekali, nyamuk pun ingin mengambil kesempatan juga. Semuanya ujian daripada Allah swt agar menjadi kifarah terhadap dosa-dosa kita yang lepas. Purata masa yang diperlukan jika waktu subuh, hampir atau lebih dari sejam beratur untuk menunggunya. Lebih-lebih lagi bagi kaum wanita, nak beratur lagi, dan perlu jaga aurat lagi (terdapat juga yang tidak begitu mengambil berat tentang aurat mereka). Semoga jemaah sedari di Malaysia lagi cuba melatih diri untuk bertimbang rasa sesama jemaah yang lain. Banyak bersabar dan mengawal diri. Kerana setiap tahun kita lihat banyak masalah berpunca kerana kurang sabarnya kita. Ada yang mengamuk memaki hamun pada pengurusan, ada yang bergaduh sesama jemaah, ada yang bertelingkah sesama suami isteri hingga ada kes penceraian yang direkodkan semasa di Masyair. Anggaplah ujian yang hadir itu sebagai cabaran buat kita, sebagai penghapus dosa-dosa lama kita. Moga haji ini menjadi ibarat mesin basuh- yang membasuh dan menyental segala dosa dan noda kesalahan kita,dan melahirkan kita sebagai insan baru, hamba Allah yang taat inshallah.
(Suntingan dari tulisan Datuk Dr Ustaz Haji Abdul Basit) _"Hadirku Sebagai Dhuyufurrahman dan Kembaliku Bersama Kemabruran"_ *Unit Bimbingan* *Felda Travel Sdn Bhd*

MUSIM HAJI1443-NOSTALGIA

PERJALANAN HAJI TAMATTUK "Haji Tamattuk" adalah mendahulukan umrah dari ibadah haji. Yaitu memakai ihram dari miqat dengan niat umrah pada musim haji, setelah tahallul, memakai ihram lagi dengan niat haji pada hari Tarwiyyah (8 Zulhijah). Bagi yang melaksanakan haji Tamattuk diwajibkan membayar dam. Dari Malaysia ke Miqat di Qarnul Manazil (sudah berihram.). Penerbangan sejauh 7,530 km. (Pilot akan membuat pengumuman) Jika bertolak dari Madinah Miqatnya adalah di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ) atau Bir Ali lebih kurang 9km dari Madinah. Jarak antara Madinah ke Mekah adalah 451km. Setelah tinggal di Madinah selama 8 ke 9 hari. Dapat mengerjakan solat berjemaah 40 waktu di masjid Nabawi. 1. Berniat Ihram Umrah kerana hendak masuk ke Mekah 2. Meninggalkan 13 larangan dalam ihram 3. Bertalbiah Di MEKAH 1. Tawaf Rukun Umrah 2. Saie (Safa dan Marwah) 3. Bercukur Tanggalkan ihram (tertunai Umrah untuk Haji) Aktiviti Berterusan Membaca alQuran Tawaf Sunat Solat Berjemaah Ziarah di Mekah Umrah sunat ikut kemampuan 8 hb Zulhijjah 14_ _H (Hari Tarwiyyah) 1. Berniat Ihram Haji (Tamattuk) 2. Memakai ihram 3. Meninggalkan larangan dalam ihram Bertalbiah Bertolak ke Arafah Membaca alQuran Solat Fardhu Berjemaah Qiamulail 9 hb Zulhijjah 14 _ _H Wukuf setelah gelincir matahari waktu wukuf sebelum naik fajar 10 Zulhijjah Mengikuti khutbah wukuf Solat Jamak Zuhur dan Asar Zikir Arafah Doa Solat Jamak Maghrib dan Isyak Selepas isyak, bertolak ke Mudzalifah (naik bas) Di Mudzalifah 1. Kutip anak-anak batu zikir Berdoa Bermalam (bermabit) di Mudzalifah Tidak melintasi sempadannya, selepas tengah malam untuk ke Mina. 10 hb Zulhijjah 14 _ _H di MINA 1. Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah Bercukur (tahallul Awal) Menanggalkan ihram Terlepas 10 larangan ihram, namun kekal 3 larangan ihram Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah Bermalam 11, 12 bagi Nafar Awal (Nafar Awwal adalah jemaah Haji yang keluar "awal" bagi meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah sebelum terbenam matahari (masuk waktu Solat Maghrib) dengan syarat-syarat tertentu.Ia dibenarkan kepada semua jemaah Haji sama ada ia dalam keadaan sihat, uzur, lapang ataupun sibuk. Namun terdapat beberapa syarat untuk melaksanakan Nafar Awwal, iaitu seperti berikut: Hendaklah ia meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari (masuk waktu solat maghrib) pada 12 Zulhijjah. Telah menyempurnakan segala lontaran pada ketiga tiga Jamrah @ Jumrah pada 2 hari Tasyriq iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah. Telah Mabit dalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah) dengan sempurna. Hendaklah berniat Nafar Awwal sebelum meninggalkan Mina. Berniat boleh dilakukan sewaktu dalam perjalanan keluar ingin meninggalkan Mina. Tidak berazam untuk kembali bermalam di Mina pada musim Haji kali ini) Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah Bermalam 11, 12 dan 13 bagi Nafar Thani. (Nafar Thani adalah di mana jemaah Haji yang keluar "lewat" bagi meninggalkan Mina pada 13 Zulhijjah setelah menyempurnakan amalan-amalan Haji di Mina pada 10, 11, 12, dan 13 Zulhijah). Zikir, Doa dan Tilawah Menyembelih korban Berangkat ke Mekah di Mekah 1. Tawaf Rukun Haji 2. Saie (Safa dan Marwah) tahallul Thani Lengkaplah Ibadah Haji Tamattuk Lengkap Rukun dan Wajib Umrah Haji Lengkap Rukun dan Wajib Haji Membaca alQuran Tawaf Sunat Solat Berjemaah Ziarah di Mekah