Assalamualaikum


PENYERAHAN INI

*NOTA TADABBUR* Imam solat subuh di masjid al-Haram tadi ialah Syeikh Soleh bin Abdullah bin Humaid. Beliau membaca petikan ayat dari surah al-Hajj bermula ayat 23 hingga ayat 41. Surah al-Hajj antara surah yang istimewa kerana ia diturunkan kepada Baginda ketika waktu siang dan juga waktu malam,ketika Baginda bermusafir dan ketika bermukim serta sebahagian ayatnya turun ketika di Mekah dan sebahagiannya turun di Madinah. - Inti utama surah al-Hajj ialah mengajak manusia untuk membekalkan diri dengan sifat 'Taqwa'. Antara definasi taqwa ialah apa yang disebut oleh Talq bin Habib - seorang Tabi'in yang hebat- :- أن تعمل بطاعة الله على نورٍ من الله ترجوا ثواب الله. وأن تترك ما نهى الله على نورٍ من الله تخشى عقاب الله . "Taqwa ialah mengerjakan ketaatan kepada Allah,kerana Allah, mengharapkan ganjaran daripada Allah. Serta meninggalkan larangan Allah,kerana Allah,takutkan azab daripada Allah" Surah ini juga menceritakan tentang Nabi Ibrahim yang berjuang dalam menegakan agenda utama pengutusan para Rasul iaitu membasmi kesyirikan. Ia juga mengisahkan tentang seruan Nabi Ibrahim agar manusia datang mengerjakan Haji di Baitullah. Allah menggunakan perkataan berjalan kaki sebagai gambaran kesungguhan serta susah payah yang akan ditanggung oleh bakal hujjaj semata mata menyahut seruan Ilahi. Rehlah haji sudah pasti akan berdepan kesukaran dan kepayahan namun kita penuh sedar percaya kepada janji Nabi bahawa ganjaran akan diberi berdasarkan jerit payah yang dilalui oleh seorang hamba. Kata Baginda Nabi kepada Aiysah إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك Sesungguhnya bagi kamu daripada pahala umrah yang kamu lakukan itu adalah bergantung menurut kadar kesusahan yang kamu hadapi dan belanja yang kamu keluarkan. Catatan selepas Subuh Mohd Rodzi Bin Abu Bakar @ Abu Rayyan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan