DIARI MECCA
Labels:
DIARI HAJJ UMMRA,
Diari raya
25.1.2025 KELAS PETANG KENURI PAGI
Nikmati moment indah...
Rewang di tempat bersejarah bersama adik betadik yang ada... jumpa beb kenalan dn sedara mara era arwah ayahanda bonda yg dh boleh dikira dengan jari..diripun dh melangkah senja...
Labels:
ketika bertasbihnya cinta....
CATATAN DARI DIARY KAWAN
Asmlkm
Jumaat pertama 2025
3 Jan...
Alhamdulillah...
Atasl Tol- pasir Gudang... Bertolak malam jam 9.30 lps tok abah meeting waktu mat saleh..
lps beberp kali behenti rehat... plan asal nk ck in di Hotel APA.. tp x jadi... cik drebar mcm seronok jer driving mlm浪浪ززز!...
betul2 berhenti sebelum azan subuh...
Singgah solat subuh di masjid Chaah, Segamat.
Imam sudahi majlis ... Dgn bacaan Surah Al Kahfi beramai..
REPOST:
Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta....Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..
Kisahnya begini ...
Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."
Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.
Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat sembuh.
Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?
👪Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.
Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...
😟Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.
Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.
Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.
Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting diatas kpd group keluarga atau group peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...
..........
RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK KITALAH AYAH PULA.....
.
Labels:
Diari raya,
ketika bertasbihnya cinta....
CATATAN 20242912
Alhamdulillah
First day kembali ke Rumah Tganu
First day dia kbali masuk office 40 jam seminggu... after officially retirenment..
Doa Bulan Rejab & Amalan Sunat Yang Digalakkan
Doa Bulan Rejab : Selamat datang bulan Rejab yang penuh dengan kebaikan serta keampunan.
Ini bermaksud, tidak lama lagi kita bakal bertemu lagi dengan bulan Ramadan.
Seperti bulan Ramadan, Rejab juga merupakan salah satu bulan yang tergolong dalam bulan-bulan haram dalam Islam.
Sempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang bakal tiba, jom kita bersama-sama lafazkan doa masuk bulan Rejab seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Doa Masuk Bulan Rejab
Doa yang anda boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
[HR Baihaqi]
Selain membanyakkan berdoa, kita sebagai umat Islam juga sangat digalakkan untuk menghiasi bulan Rejab dengan ibadah seperti puasa, solat sunat dan berzikir.
Ini juga sebagai latihan atau persediaan untuk menuju ke bulan Ramadan nanti.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang sedang membuat persiapan menyambut bulan Rejab.
Selamat beramal dan semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Aamiin Ya Rabbal ‘ Alamin
Contoh Zikir & Doa Umum
*NOTA: Doa / zikir ini boleh dibacakan bila-bila masa, tidak terhad pada bulan Rejab sahaja
DOA MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT
Abu Bakar as-Siddiq r.a. pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’
HR Bukhari, hadis sahih)
SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)
Daripada Syaddad bin Aus r.a., Rasulullah SAW bersabda:
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.
Bukhari, hadis sahih)
KELEBIHAN SAYYIDUL ISTIGHFAR
Nabi Muhammad SAW bersabda:
«وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ»
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.
(HR Bukhari, hadis sahih)
DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT
Firman Allah SWT:
رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)
DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )
DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25: 74)
DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR
Firman Allah SWT:
رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)
DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.
(Surah al-Hasyr 59:10)
Baca juga:
Al-Mathurat: Senarai Zikir, Wirid, Doa Pagi & Petang
Doa Syifa, Selawat Syifa & Ayat-Ayat Syifa Dalam Alquran
Koleksi Doa Pelbagai Hajat
Labels:
Diari raya,
ketika bertasbihnya cinta....
CATATAN BUAT KITA
Asmlkm
in shaa Allah Ahad ini 16/1/2022...
perjumpaan pertsma kami setelah sekian lama tak bersuamuka... demi kalian dan kita, sahabat2 kesayangan semua... biar tak ramai tp kita mampu meneruskanya, di usia yang berbaki ini...
Nasihat Emas bagi yang sudah mencapai umur
30-an, 40-an, 50-an, 60-an 70-an.
Nasihat pertama:
Cubalah berurut urat saraf 3 ke 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
Nasihat kedua:
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
Nasihat ketiga:
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
Nasihat keempat:
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
Nasihat kelima:
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
Nasihat keenam:
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
Nasihat ketujuh:
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
Nasihat kelapan: Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
Nasihat kesembilan:
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
Nasihat kesepuluh:
Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله.
Nasihat kesebelas.
Makanlah makanan kesukaan Nabi.
Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna.
TERUSLAH
BERSAHABAT
SAMPAI ALLAH
BERKATA : WAKTUNYA KAMU UNTUK PULANG
Ketika ada kesempatan,
Pergilah bersama teman-teman.
Berkumpul- kumpul, bukan sekadar makan, minum dan bersenang, tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah PERSAUDARAAN.
Mungkin lain waktu kita tidak akan bertemu lagi.
Mungkin lain waktu kita sudah semakin susah untuk berjalan.
Umur itu seperti ais batu, dipakai atau tidak, akan tetap mencair dan berakhir.
Begitu juga dengan umur kita.
Digunakan atau tidak digunakan, umur kita akan tetap berkurang, dan akhirnya kembali ke hadirat ILAHI.
Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal..
Jalani hidup ini dengan ceria, sabar dan santai.
Jangan suka mau menang sendiri, sementara orang lain selalu salah.
Jangan buang sahabat cuma kerana tak sepakat.
Satu keburukan teman, bukan berarti hilang sembilan kebaikannya.
Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan teman- teman dan saudara-saudara kita.
Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak.
Buanglah jauh jauh sifat egois dan iri hati.
Terimalah kekurangan dan kelebihan dari sahabat.
Bertemanlah dengan apa adanya, bukan karena *ada apanya*.
Nikmati semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbedaan.
Percayakan kemampuan teman kita.
Jaga perasaannya, tutupi aibnya.
Bantu ketika dia jatuh, sediakan bahu ketika dia menangis.
Tepuk tangan dan gembira ketika dia sukses.
Sebut namanya dalam doa kita.
Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus.
Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Allah juga akan selalu bersamamu.
Teruslah bersahabat sampai Allah berkata waktunya pulang.
🤝 SALAM PERSAHABATAN 🤝
(Terima kasih untuk beberapa teman yang berkongsi nasihat ini secara peribadi kepada saya).
Langgan:
Catatan (Atom)